Followers

Islamic Widget

Rabu, 30 November 2011

42 NASIHAT AGAMA YG BERGUNA


*Berpesan2 pada kebaikan, dan berpesan2 pada kesabaran.*


ﺑﺴﻢ ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻟﺮﺣﻤﻦ ﺍﻟﺮﺣﻴﻤﺎﺣﻔﻆ
ﺍﻟﻠﻪ ﻳﺤﻔﻈﻚ “
1-Jika kamu menjaga hak-hak
Allah SWT, Allah SWT akan
menjaga hak-hak kamu.
” ﺇﺫﺍ ﻟﻢ ﺗﺴﺘﺢ ﻓﺎﺻﻨﻊ ﻣﺎ ﺷﺌﺖ
2-Jika kamu tidak malu kepada
Allah SWT, lakukan apa yang
kamu kehendaki.


ﺃﻃﺐ ﻣﻄﻌﻤﻚ ﺗﻜﻦ ﻣﺠﺎﺑﺎﺍﻟﺪﻋﻮﺓ
3-Elokkan makanan kamu, pasti
Allah SWT memaqbulkan segala
permintaan kamu.
” ﺍﺗﻖ ﺍﻟﻠﻪ ﺣﻴﺜﻤﺎ ﻛﻨﺖ “
4- Takutlah kepada Allah SWT,
walau dimana kamu berada.
” ﺍﺗْﺒﻊ ﺍﻟﺴﻴﺌﺔ ﺍﻟﺤﺴﻨﺔ ﺗﻤﺤﻬﺎ “
5- Balaslah kejahatan dengan
kebaikan pasti kamu mendapat
ganjarannya.
” ﺧﺎﻟﻖِ ﺍﻟﻨﺎﺱ ﺑﺨﻠﻖ ﺣﺴﻦ “
6- Berakhlaklah dengan manusia
dengan sebaik-baik akhlak.
” ﺍﺗﻖ ﺍﻟﻤﺤﺎﺭﻡ ﺗﻜﻦ ﺃﻋﺒﺪ
ﺍﻟﻨﺎﺱ “
7-Takutlah kepada perkara-
perkara dosa, pasti kamu akan
menjadi Hamba Allah SWT terbaik.
” ﺍﺭﺽ ﺑﻤﺎ ﻗﺴﻢ ﺍﻟﻠﻪ ﻟﻚ ﺗﻜﻦ
ﺃﻏﻨﻰ ﺍﻟﻨﺎﺱ “
8-Redhalah dengan pembahagian
Allah SWT, pasti kamu akan
menjadi manusia paling kaya.
” ﺃﺣﺐّ ﻟﻠﻨﺎﺱ ﻣﺎ ﺗﺤﺐّ ﻟﻨﻔﺴﻚ “
9-Sayangilah manusia
sebagaimana kamu sayang pada
diri kamu sendiri.
” ﻻ ﺗُﻜﺜﺮ ﺍﻟﻀّﺤﻚ ﻓﺈﻧّﻜﺜﺮﺓ
ﺍﻟﻀﺤﻚ ﺗﻤﻴﺖ ﺍﻟﻘﻠﺐ “
10- Jangan terlalu banyak
ketawa, kerana dengan banyak
ketawa boleh menyebabkan hati
mati.
” ﺍﻟﻈّﻠﻢ ﻇﻠﻤﺎﺕ ﻳﻮﻡ ﺍﻟﻘﻴﺎﻣﺔ “
11-Kezaliman adalah kegelapan
di Akhirat kelak.
” ﺍﺗﻘﻮﺍ ﺍﻟﻠﻪ ﻭﺍﻋﺪﻟﻮﺍ ﻓﻲ
ﺃﻭﻻﺩﻛﻢ “
12-Bertaqwalah kepada Allah
SWT dan berlaku adillah kepada
anak-anak kamu.
” ﺍﺗﻖ ﺍﻟﻨﺎﺭ ﻭﻟﻮ ﺑﺸﻖّ ﺗﻤﺮﺓ “
13- Jauhilah daripada api neraka
walau sekadar bersedekah
dengan sebiji tamar.
” ﺍﺗﻘﻮﺍ ﺩﻋﻮﺓ ﺍﻟﻤﻈﻠﻮﻡ “
14- Takutlah kepada doa orang-
orang yang telah kamu zalimi.
” ﺃﺛﻘﻞ ﺷﻲﺀ ﻓﻲ ﺍﻟﻤﻴﺰﺍﻥ
ﺍﻟﺨﻠﻖ ﺍﻟﺤﺴﻦ “
15- Perkara yang paling berat
dalam timbangan Allah SWT
adalah Akhlak dan Budi Pekerti
yang mulia.
” ﺍﻟﺘﺄﻧﻲ ﻣﻦ ﺍﻟﻠﻪ ﻭﺍﻟﻌﺠﻠﺔ ﻣﻦ
ﺍﻟﺸﻴﻄﺎﻥ “
16-Bertindak dengan tenang
adalah ajaran Allah SWT dan
Gopoh-gapah adalah ajaran
daripada syaitan.
” ﻗﻠﺔ ﺍﻟﻤﺎﻝ ﺃﻗﻞّ ﻟﻠﺤﺴﺎﺏ “
17-Orang yang sedikit harta,
mendapat kiraan yang senang
daripada Allah SWT.
” ﻻ ﺗﻐﻀﺐ ﻭﻟﻚ ﺍﻟﺠﻨﺔ “
18- Jika kamu tidak bersifat
pemarah kamu akan miliki
Syurga.
” ﺃﺣﺐّ ﺍﻷﻋﻤﺎﻝ ﺇﻟﻯﺎﻟﻠﻪ ﺃﺩﻭﻣﻬﺎ
ﻭﺇﻥ ﻗﻞّ “
19- Amalan yang paling Allah
SWT sukai adalah amalan yang
berterusan walaupun sedikit.
” ﺃﺣﺐ ﺍﻟﺒﻼﺩ ﺇﻟﻰ ﺍﻟﻠﻪ
ﻣﺴﺎﺟﺪﻫﺎ “
20-Tempat yang paling Allah SWT
sukai dalam sebuah negeri
adalah masjid.
” ﺃﺑﻐﺾ ﺍﻟﺒﻼﺩ ﺇﻟﻯﺎﻟﻠﻪ
ﺃﺳﻮﺍﻗﻬﺎ “
21-Tempat yang paling Allah SWT
benci dalam sebuah negeri
adalah pasar-pasar.
” ﺃﺣﺐّ ﺍﻟﻄﻌﺎﻡ ﺇﻟﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻣﺎ
ﻛﺜﺮﺕ ﻋﻠﻴﻪ ﺍﻷﻳﺪﻱ “
22-Makanan yang paling Allah
SWT sukai adalah makanan yang
disedekah secara ramai-ramai.
” ﺃﺣﺐ ﺍﻟﻜﻼﻡ ﺇﻟﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﺃﻥ
ﻳﻘﻮﻝ ﺍﻟﻌﺒﺪ ﺳﺒﺤﺎﻥ ﺍﻟﻠﻪ ﻭﺑﺤﻤﺪﻩ
23-Perkataan yang paling Allah
SWT sukai adalah : ﺳﺒﺤﺎﻥ ﺍﻟﻠﻪ
ﻭﺑﺤﻤﺪﻩ
” ﺃﺣﺐ ﺍﻟﻨﺎﺱ ﺇﻟﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﺃﻧﻔﻌﻬﻢ
24-Orang yang paling Allah SWT
sukai adalahr oang yang pandai
mencari manfaat dalam agama.
“ﺃﺣﺐّ ﺍﻷﻋﻤﺎﻝ ﺇﻟﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﺳﺮﻭﺭ
ﺗُﺪﺧﻠﻪ ﻋﻠﻰ ﻣﺴﻠﻢ “
25-Amalan yang paling Allah SWT
sukai adalah amalan yang
mendatangkan kesukaan kepada
manusia.
” ﻣﻦ ﻛﻒّ ﻏﻀﺒﻪ ﺳﺘﺮ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻮﺭﺗﻪ
26-Sesiapa dapat menahan
kemarahannya, allah SWT akan
menutup perkara yang
memalukannya.
” ﺳﻮﺀ ﺍﻟﺨﻠﻖ ﻳُﻔﺴﺪ ﺍﻟﻌﻤﻞ ﻛﻤﺎ
ﻳُﻔﺴﺪ ﺍﻟﺨﻞّ ﺍﻟﻌﺴﻞ “
27- Akhlak buruk adalah
merosakkan amalan sebagaimana
cuka merosakkan madu.
” ﺃﺣﺐّ ﻋﺒﺎﺩ ﺍﻟﻠﻪ ﺇﻟﻰ ﺍﻟﻠﻪ
ﺃﺣﺴﻨﻬﻢ ﺧﻠﻘﺎ “
28- Hamba yang paling Allah SWT
sayangi adalah hambanya yang
paling Mulia Akhlaknya.
” ﺇﺣﺬﺭﻭﺍ ﺍﻟﺪﻧﻴﺎ ﻓﺈﻧﻬﺎ ﺧﻀﺮﺓ
ﺣﻠﻮﺓ “
29-Hati-hati dengan dunia
kerana ianya elok pada
pandangan dan manis pada
citarasanya.
” ﺇﺣﻔﻆ ﻟﺴﺎﻧﻚ “
30-Jagalah lidah kamu.
” ﺃﺩّ ﺍﻷﻣﺎﻧﺔ ﺇﻟﻰ ﻣﻦ ﺍﺋﺘﻤﻨﻚ “
31-Laksanakan amanah kepada
mereka yang mempercayai
amanah yang telah kamu miliki.
” ﻻ ﺗﺨﻦ ﻣﻦ ﺧﺎﻧﻚ “
32-Janganlah kamu menipu
kepada orang yang telah menipu
kamu.
” ﺃﺩﻋﻮﺍ ﺍﻟﻠﻪ ﻭﺃﻧﺘﻢ ﻣﻮﻗﻨﻮﻥ
ﺑﺎﻹﺟﺎﺑﺔ “
33-Berdoalah kepada Allah SWT
dalam keadaan yang kamu yakin
kepada penerimaanya.
” ﺑﺸﺮﻭﺍ ﻭﻻ ﺗﻨﻔﺮﻭﺍ “
34-Berilah berita gembira,
janganlah kamu menakut-
nakutkan seseorang.
” ﻳﺴّﺮﻭﺍ ﻭﻻ ﺗُﻌﺴّﺮﻭﺍ “
35-Permudahkanlah sesuatu
urusan, jangan kamu
memayahkan sesuatu urusan.
” ﻛﻞ ﺑﻴﻤﻴﻨﻚ ﻭﻛﻞ ﻣﻤﺎ ﻳﻠﻴﻚ “
36-Makanlah dengan tangan
kanan dan makanlah apa yang
kamu layak makan.
” ﺇﺫﺍ ﺁﺗﺎﻙ ﺍﻟﻠﻪ ﻣﺎﻻ ﻓﻠﻴُﺮ ﺃﺛﺮ
ﻧﻌﻤﺔ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻚ “
37-Jika kamu didatangi nikmat
atau harta, maka perhatikan
kesan nikmat tersebut keatas
diri kamu.
” ﺇﺫﺍ ﺃﺗﺎﻛﻢ ﻛﺮﻳﻢ ﻗﻮﻡ
ﻓﺄﻛﺮﻣﻮﻩ “
38-Jika sesuatu kaum
menganugerahkan kepada kamu
kemulian, maka muliakan mereka.
” ﺇﺫﺍ ﺃﺗﺎﻛﻢ ﻣﻦ ﺗﺮﺿﻮﻥ ﺩﻳﻨﻪ
ﻭﺧُﻠُﻘﻪ ﻓﺰﻭّﺟﻮﻩ “
39-Jika kamu didatang
seseorang lelaki untuk meminang
anak kamu, dan dia memiliki nilai-
nilai agama dan kemulian akhlak
maka terimalah pinangannya
atau kahwinkan dia.
” ﺇﺫﺍ ﺃﺭﺍﺩ ﺍﻟﻠﻪ ﺑﺄﻫﻞ ﺑﻴﺖ
ﺧﻴﺮﺍ ﺃﺩﺧﻞ ﻋﻠﻴﻬﻢ ﺍﻟﺮّﻓﻖ “
40-Jika Allah SWT menghendaki
sesuatu ahli keluarga itu
bahagia, Allah SWT akan
mencampakkan perasaan Kasih
Sayang dalam ahli-ahli keluarga
tersebut.
” ﺇﺫﺍ ﺃﺳﺄﺕ ﻓﺄﺣﺴﻦ “
41-Jika manusia melakukan
kejahatan kepada kamu, maka
lakukanlah kebaikkan kepada
mereka.
” ﺇﺫﺍ ﺣﺎﻙ ﻓﻲ ﻧﻔﺴﻚ ﺷﻲﺀ
ﻓﺪَﻋْﻪ ”
42-Jika ada orang melaga-
lagakan kamu, biarkanlah
dia..

Tiada ulasan: