Followers

Islamic Widget

Jumaat, 15 Oktober 2010

senyum dan air mata

"Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan p'dirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan buat pedoman"


salam...kali ni pengisian t'sendiri nye...ana xla pandai sangat nak m'nukil ni...tapi harap, dapatlah membuat p'kongsian secara ringkas..(^^)...


k wassalam...

salam pertemuan kembali ~coretan untuk dikongsi~

salam wbt...ketuk2 iman pas ramadhan dh, pas syawal dh, skrg jap je dh msuk zulkaedah, pas tu zulhijjah pas tu tahun baru dgn kitab amal baru, sudah sedia k bila dtgnya muharram nanti? ermmm...susah nak dikatakan, ana sendiri pn, apa kurangnya, tgan mnaip ini sndiri mgkin slalu alpa,wt salah, mgkin ada silap besar dgn sape2..ish3 ntah laa...apa2 pn ana minta maaf demi nk jga ksih syg ssma insan ciptaan yg SATU ( ALLAH SWT)...selawat dan salam ke atas Nabi junjungan mulia S.A.W.


coretan kisah kembali selepas ramadhan,syawal dan sekarang zulkaedah pula sudah kunjung tiba pas tu apa murid2 ...aaaa...pndai pn...(^^)
 zulhijjah..(musim haji!!!)
sebenarnya nak kisah skit, skrg ni dh nk smpai kemuncak waktu untuk final exam, imtihan kabir...ish3...serabut? ye mmg serabut..cz ana ambik 19 jam krdt, hari selesai final part 1 ujian tahriri tahsin al-quran, mggu dpn tahriri part dua, pas tu, ana nk balik kampung rindu kt rumah,


ana nk mnta ampun, b'mesra dgn famili andai itu balik kampung ni kali terakhir ..wallahualam...sbb pas tu ana kn bjuang di medan imtahan, mungkin itu jihad terakhir...sbb tu ana kna b'sedia kerna mati itu pasti..


ermmm...ana nk tawu sekuat mana anda m'cintai keluarga anda? 45 persen ka? 75 persen ka?


mungkin facebook ada coretan tentang isu famili...t'bawa2 pula rindu anda, tapi ana harus m'gungkapkannya juga, ya boleh dikatakan institusi kekeluargaan sekarang ini makin goyah..ermm...kita mampu b'kata, tapi apa ada ke usahanya utk m'perkukuhkn kembali..masakan pohon kan b'goyang tanpa angin melibasnya..fikir2kan lah...aaa bajet ke 11 dh kuar..ermmm...kena layan juga...


untuk final pula, moga2 shbt2 diluar sna,khusus KUIN,,, selamat maju jaya!...hafz sa'id..gambate! chaiyok!!


k la, selamat malam...wassalam


(nur al-karm)


p/s : asif jidan, bahasa ana mungkin nmpk 'brutal', supaya lebih kemasyarakatan..(^^)..

Rabu, 6 Oktober 2010

4 ISTERI JAGALAH YANG PERTAMA

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, ku berikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku? " Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku…aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan ku buatkan makam yang indah buatmu."

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan ku biarkan kau seperti ini isteriku."

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kubur mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.

Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!

~SYAITAN TERLALU KREATIF~

“Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita…” (An-Nur:31).”

“Topi kelendar menjaga keselamatan nyawa, tudung menjaga keselamatan akhlak.”
“ Nak jaga akhlak tak cukup hanya bertudung. Ada yang lebih penting lagi. Umpamanya, menjaga tingkah laku, tutur kata, pandangan mata,pergaulan, selain masa dan tempat wanita itu berada,” jawab saya.
( Nota Hati Seorang lelaki- Pahrol Mohd Juoi)

Syaitan menpunyai kehandalan dan kepakaran dalam menyesatkan manusia. Pelbagai cara dilakukan untuk menjayakan misinya yang batil dan mungkar. Dengan cara mudah saja , dia dapat mencari mangsanya. Dasyhat kan?. Contohnya jika disentuh isu tudung. Memang diakui ramai yang bertudung, sejuk mata memandang tapi terbit pula spekulasi dikatakan tak menutup aurat. “ Eh, macam mana tu?”. Tertanya bukan?.
Haa.. mari saya terangkan. Konsep tutup aurat ini, ada falsafahnya. Merujuk dari apa kita faham secara umumnya, pemakaian tudung atau jilbab ini, dibuat atas dasar iman, cara dan pelaksanaannya pula mengikut syariat dan tujuan akhirnya untuk mencapai akhlak. Tapi sekarang ini, pemakaian tudung ni dah bermacam-macam kan?. Adakah berkemungkinan nak glamour, cantik, atau bergaya?
Seterusnya, menyentuh tentang syaitan terlalu kreatif, meminati karya Ustaz Pahrol Mohd. Juoi, saya ingin memetik dari petikan buku beliau lagi iaitu syaitan ternyata dia tidak akan menghasut manusia meninggalkan sempadan putih ke sempadan hitam, dia langkah bijak dan halusnya macam iklan Nescafe oleh Harith Iskandar “halus saja”, dia yang sang bertanduk akan menarik kita ke lembah sempadan “grey” yang maksud beliau hendak sampaikan bukan lagi sempadan kebenaran. Pusing juga bila saya membacanya selaku pembaca karya beliau, “so I’m be trapped smoothly, am i?”. antara tarikan lain dalam buku hasil beliau ini, Ustaz Pahrol ada menyebutkan yang tudung wanita ini ada empat jenis iaitu tudung pada wajahnya,tudung pada mata,tudung pada suara,tudung pada hati.

Secara ringkas, tudung pada wajah ialah untuk mengelakkan dari bahan undangan fitnah, tudung pada mata, jangan sampai matanya memandang lelaki lain selain mahramnya, tudung pada suara, jangan dilunakkan untuk tujuan memikat dan mencari tumpuan dan akhir tudung pada hati dengan mengingati Allah dengan tasbih Siti Fatimah, Subhanallah, alhamdulillah dan Allahu Akbar.

Apa-apa pun, moga golongan sedemikian dapat dielakkan menjadi bahan muzakarah tak rasmi. Bukan apa bak kata pepatah rambut sama hitam tapi hati lain, dalam diam jadi bahan umpatan, betul tak. Bijak kan syaitan, kesalahan pada mulanya kita lihat pada muslimah itu, kemudian kita pula yang lakukan kesalahan yang sama? Moga diberikan hidayah pada saudari-saudari kita.

(Nur Al-Karm)