Cara Membersihkan Hati dan Jiwa
Membersihkan
hati dan jiwa dari sesuatu yang jahat merupakan keinginan setiap orang
muslim. nah bagaimanakah caranya agar hati kita tetap bersih dan selalu
terjaga dari hal-hal kotor, mari kita lihat dibawah ini:
1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah
yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan
hatiku bersih"
2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling
minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan
murah. Di samping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki,
orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,
penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah"
sebanyak 3X.
5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali
mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri
sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya... ... (perkara yang elok- elok
belaka)
7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu
malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya,
Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik,berjaya, ceria,
bersemangat,aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut
sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan
harinya -
8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu
kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)
10) Kekalkan wuduk
11) Bersedekah
12) Belanja orang makan.
13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang syubhat
14) Berkawan dengan ulama
15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)
16) Pesan pada orang, jadi baik
17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut... dsb), jangan dengar orang mengumpat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan