Followers

Islamic Widget

Rabu, 6 Oktober 2010

~SYAITAN TERLALU KREATIF~

“Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita…” (An-Nur:31).”

“Topi kelendar menjaga keselamatan nyawa, tudung menjaga keselamatan akhlak.”
“ Nak jaga akhlak tak cukup hanya bertudung. Ada yang lebih penting lagi. Umpamanya, menjaga tingkah laku, tutur kata, pandangan mata,pergaulan, selain masa dan tempat wanita itu berada,” jawab saya.
( Nota Hati Seorang lelaki- Pahrol Mohd Juoi)

Syaitan menpunyai kehandalan dan kepakaran dalam menyesatkan manusia. Pelbagai cara dilakukan untuk menjayakan misinya yang batil dan mungkar. Dengan cara mudah saja , dia dapat mencari mangsanya. Dasyhat kan?. Contohnya jika disentuh isu tudung. Memang diakui ramai yang bertudung, sejuk mata memandang tapi terbit pula spekulasi dikatakan tak menutup aurat. “ Eh, macam mana tu?”. Tertanya bukan?.
Haa.. mari saya terangkan. Konsep tutup aurat ini, ada falsafahnya. Merujuk dari apa kita faham secara umumnya, pemakaian tudung atau jilbab ini, dibuat atas dasar iman, cara dan pelaksanaannya pula mengikut syariat dan tujuan akhirnya untuk mencapai akhlak. Tapi sekarang ini, pemakaian tudung ni dah bermacam-macam kan?. Adakah berkemungkinan nak glamour, cantik, atau bergaya?
Seterusnya, menyentuh tentang syaitan terlalu kreatif, meminati karya Ustaz Pahrol Mohd. Juoi, saya ingin memetik dari petikan buku beliau lagi iaitu syaitan ternyata dia tidak akan menghasut manusia meninggalkan sempadan putih ke sempadan hitam, dia langkah bijak dan halusnya macam iklan Nescafe oleh Harith Iskandar “halus saja”, dia yang sang bertanduk akan menarik kita ke lembah sempadan “grey” yang maksud beliau hendak sampaikan bukan lagi sempadan kebenaran. Pusing juga bila saya membacanya selaku pembaca karya beliau, “so I’m be trapped smoothly, am i?”. antara tarikan lain dalam buku hasil beliau ini, Ustaz Pahrol ada menyebutkan yang tudung wanita ini ada empat jenis iaitu tudung pada wajahnya,tudung pada mata,tudung pada suara,tudung pada hati.

Secara ringkas, tudung pada wajah ialah untuk mengelakkan dari bahan undangan fitnah, tudung pada mata, jangan sampai matanya memandang lelaki lain selain mahramnya, tudung pada suara, jangan dilunakkan untuk tujuan memikat dan mencari tumpuan dan akhir tudung pada hati dengan mengingati Allah dengan tasbih Siti Fatimah, Subhanallah, alhamdulillah dan Allahu Akbar.

Apa-apa pun, moga golongan sedemikian dapat dielakkan menjadi bahan muzakarah tak rasmi. Bukan apa bak kata pepatah rambut sama hitam tapi hati lain, dalam diam jadi bahan umpatan, betul tak. Bijak kan syaitan, kesalahan pada mulanya kita lihat pada muslimah itu, kemudian kita pula yang lakukan kesalahan yang sama? Moga diberikan hidayah pada saudari-saudari kita.

(Nur Al-Karm)

Tiada ulasan: